Laporan Tahunan PSS Tahun 2010

5:59 pm Laporan Aktiviti

Ribuan terima kasih dirakamkan kepada semua Guru AJK Kerja PSS dan Pengawas Pusat Sumber  serta Pengawas Perpustakaan yang telah berusaha dengan gigih untuk menyediakan Laporan Tahunan PSS bagi tahun 2010.

Laporan Tahunan ini merangkumi :

a)  Laporan Aktiviti Unit-unit PSS

b)  Laporan Penggunaan Kemudahan & Perkhidmatan PSS

c)  Laporan Analisis Stok & Koleksi Unit PSS

d)  Laporan Pertandingan Anjuran Unit PSS

Hasil Laporan berkenaan amat berguna kepada pihak berkepentingan khasnya pihak pentadbiran & Unit PSS untuk meninjau keberkesanan aktiviti/program, mengenalpasti kekangan dan mencadang langkah penambahbaikan. Di samping itu, laporan tersebut menjadi asas  perancangan pemerolehan stok & koleksi bahan bacaan dan bahan pendidikan untuk memangkinkan pengajaran guru dan pembelajaran.

Pihak Unit PSS juga menghargai kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan aktiviti PSS dan menyumbangkan maklumat berharga untuk menyediaan laporan tahunan PSS.

Laporan-laporan tersebut dapat dirujuk / dimuat turun pada laman-laman atau pages berkenaan seperti “Program” (http://yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/program/), “Bilik Khas” http://yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/bilik-khas/) & “Koleksi” (http://yuenchoon-ppc.blogs.smjk.edu.my/koleksi/)serta blog Pengawas Perpustakaan & Pengawas Pusat Sumber (http://pengawas-pusat-sumber-ppc.blogs.smjk.edu.my/)

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.